Thursday, April 2, 2009

Kerusi 2

Tidak ada apa yang aneh berkaitan kerusi kosong. Sebenarnya terlalu banyak kerusi yang kosong di dunia ini. Perhatikan di sekeliling kita, di mana-mana sahaja kita berada. Dalam kebanyakan masa kita akan nampak kerusi yang kosong dan tidak ada siapa yang duduk di atasnya.

Kadar antara bilangan kerusi dan bilangan orang yang ada tidak pula saya tahu. Tidak pula saya ingin mengkaji dengan mendalam, bagi setiap sebuah kerusi yang diduduki, berapa banyak kerusi lain yang kosong. Cukup pada saya sekiranya saya mengkaji menggunakan pemerhatian kasar sahaja.

Di rumah kita sahaja, sekurang-kurangnya ada dua buah kerusi untuk setiap ahli keluarga kita. Satu kerusi di ruang makan dan satu lagi kerusi sofa di ruang tamu rumah. Sekiranya kita tinggal di rumah yang agak besar, mungkin kadarnya tiga atau empat buah kerusi bagi setiap penghuni rumah. Dengan kadar yang sebegini memang mustahil akan ada satu-satu masa yang semua kerusi yang ada akan diduduki.

Semasa keseluruhan ahli keluarga kita berada di rumah, bukan sahaja kerusi-kerusi yang di rumah kita yang tidak penuh. Banyak lagi kerusi-kerusi lain yang memang diperuntukkan pada kita yang kita tinggalkan kosong. Bagi anak yang masih bersekolah, ada kerusi kosong di sekolah, yang hanya akan digunakan pada waktu persekolahan. Bagi kita yang bekerja di pejabat, sudah pasti ada sekurang-kurangnya sebuah kerusi kosong yang kita tinggalkan dipejabat.

Bagi seseorang yang bekerja di pejabat dan menjawat jawatan yang agak tinggi, biasanya ada pula kerusi pelawat. Bagi mereka yang sebegini, semasa dia di pejabat, dalam satu-satu masa dia akan hanya mampu duduk di salah satu kerusi yang diperuntukkan baginya. Walaupun badannya besar sekalipun, terlalu jarang, jika ada, orang yang memerlukan lebih dari sebuah kerusi untuk duduk.

Selain kerusi dalam pejabat seseorang pegawai, biasanya ada kerusi-kerusi lain yang hanya digunakan pada masa mesyuarat sahaja. Semasa kerusi-kerusi di bilik mesyuarat digunakan maka kosonglah kerusi dalam ruang kerja biasa, mereka yang sedang bermesyuarat. Di waktu tengahari, pekerja pejabat berpusu-pusu pula untuk memenuhkan kerusi-kerusi di kedai-kedai makan. Kosong pulalah semua atau hampir semua kerusi yang terdapat di keseluruhan ruang pejabat.

Selain rumah, pejabat, sekolah dan kedai makan masih banyak lagi tempat yang terdapat banyak kerusi. Pusat-pusat latihan biasanya menempatkan beratus-ratus buah kerusi. Hotel-hotel dari yang kecil kepada yang besar juga menempatkan ratusan malah ribuan buah kerusi. Tempat sebegini tidak mempunyai penghuni tetap dan kerusi-kerusi yang terdapat di tempat sebegini hanya akan digunakan oleh orang yang datang berkunjung. Harus pula diingat bagi setiap kerusi yang diduduki di tempat seperti ini, maka orang yang duduk itu pastinya telah meninggalkan beberapa buah kerusi kosong samaada di rumah, sekolah dan pejabat masing-masing.

Bagaimana dengan stadium. Walaupun kerusinya mungkin tidak sempurna dan hanya berupa bangku, ianya tetap tempat duduk yang boleh dikira sebagai kerusi juga. Ratusan ribu kerusi terdapat di stadium-stadium di Malaysia sahaja. Bila teringat bangku, teringat juga bangku-bangku yang terdapat di taman-taman tasik, taman bunga dan taman permainan kanak-kanak. Bangku-bangku ruang menunggu di stesyen bas, teksi dan keretapi. Ruang menunggu di bangunan-bangunan lapangan terbang, klinik dan hospital.

Ada pula masa-masa tertentu di mana seseorang itu langsung tidak menggunakan mana-mana kerusi yang diperuntukkan baginya. Ketika mandi dan tidur umpamanya, tidak satupun kerusi yang diperuntukkan baginya diduduki.

Tidak perlu kajian terperinci dibuat. Sudah terbukti dalam satu-satu masa, bagi setiap kerusi yang di duduki, terdapat sehingga 5 kerusi kosong. Bagi Malayisa yang mempunyai seramai 27 juta penduduk, pada satu-satu masa mungkin terdapat lebih 100 juta buah kerusi yang kosong. 

Begitu banyaknya kerusi kosong, apalah istimewanya kerusi kosong di Dewan Rakyat. Dari 222 buah kerusi hanya 18 kerusi yang diduduki. Hanya terdapat 204 kerusi kosong. Apa benarlah nilai 204 kerusi kosong berbanding dengan kemungkinan ratusan juta buah kerusi kosong lain yang terdapat di seluruh Malaysia. Apa benarlah pentingnya sehingga saya menulis siri Kerusi ini.   


5 comments:

  1. Mr Wong Pencen,

    Kerusi di rumah pada asasnya mempunyai tujuan kebaikan, seperti kerusi meja makan dan juga kerusi untuk tetamu yang datang.

    Kerusi dewan rakyat merupakan tempat duduk puak-puak yang saling suka bercakaran. Yang lebih menarik mereka ini dipilih dan seterusnya dibayar gaji untuk melakukan perbuatan sedemikian.

    I guess you and I can make a better use from those chairs.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT SEJAHTERA...
    PENULISAN YANG MENARIK DAN BANYAK MAKSUD YANG TERSIRAT DALAM HURAIIAN ANDA INI.

    BAGI SAYA PENULISAN LUAS DAN IANYA TAMPA SEMPADAN. JIKA SESEORANG ITU MENULIS KASAR SEKALIPUN IANYA TIDAK MENGGAMBARKAN PERWATAKAN YANG SEBENAR SESEORANG PENULIS ITU.SEBAB ITU SAYA MEMINATI MEMBACA KARYA RAMLEE AWANG MURSHID YANG PENUH DENGAN CERITA TRAGIS, SERAM, SEDIH, ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN SEBAGAINYA. HAKIKAT YANG SEBENAR RAMLEE BUKANLAH ORANG YANG GANAS DAN LEMBUT. RAM SEORANG YANG HUMOR DAN YANG FAMILYMAN...

    OLEH ITU JANGANLAH KITA MENILAI PENULISAN SESEORANG ITU DARI LUARAN. SELAMILAH SEGALA YANG ADA BAGI MENGHURAIKAN APA YANG ADA.

    ARIOS AMIGOS

    ReplyDelete
  3. Piggy Singh

    I hope you don't mind the way I address you. Maybe this way, it would be easier for you to address me as Wong Pencen, without the Mr. Please accept my apology if you do mind and please let me know so I don't make the same mistake again.

    Pada asasnya, bagi semua benda yang ada disekeliling kita, kita ada pilihan samaada untuk menggunakan ianya untuk kebaikan atau sebaliknya. Begitu jugalah sifat kerusi-kerusi di Dewan Rakyat.

    Mereka yang sepatutnya duduk di atas kerusi-kerusi tersebut untuk merencanakan kebaikan bagi semua orang yang mereka wakili telah memilih untuk menggunakan kedudukan yang datang bersama kerusi-kerusi tersebut untuk bercakaran.

    I agree with you, you and I could have make a better use of those chairs but I guess we may not have the tenacity to win our right to sit on those chairs. Or maybe, not yet?

    ReplyDelete
  4. mr wong pencen,
    thanx4 ur comment in our blog
    i like a neutral person like u...
    but u must think, PR now can do whatever they want to get that 'chairs'..

    ReplyDelete
  5. PemudaUMNO_NibongTebal

    I can empathise with you but I still disagree with the way many 'supporters' demonstrates their supports.

    It may be true that PR is doing whatever they want to win 'that chairs'. It may be true that they resorted to dirty tactics just to win the chairs.

    That still does not give any right to anybody to adopt dirty tactics as well. You may say that you just counter attack in a language that they would understand. That would just reduce you to their level. Doing the same, wrong things.

    This will remain true as what is wrong is wrong and what is right is right. For wrong to be right, it must be corrected. Under no circumstances could a wrong be corrected by simply emulating the wrong.

    Thank you.

    ReplyDelete