Monday, April 6, 2009

Kepimpinan

Kepimpinan adalah satu unsur yang sangat penting dalam kehidupan manusia bermasyarakat. Sesebuah masyarakat tidak dapat hidup dengan baik dan bergerak maju tanpa unsur kepimpinan. Ini adalah kerana walau dalam mana-mana masyarakat sekalipun, ahli masyarakat akan terbahagi kepada sekurang-kurangnya 3 bahagian. Sekecil mana pun masyarakat yang dikaji, 3 bahagian ini akan dapat dikesan.

Bahagian yang paling ramai adalah ahli masyarakat yang biasa. Orang biasa yang dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai 'average person'. Bilangan mereka ini lebih ramai dari hasil gabungan 2 lagi bahagian masyarakat. Bahagian yang kedua adalah golongan pemimpin. Samaada yang membesar dengan didikan yang melahirkan dan mengukuhkan sifat kepimpinan atau mempunyai karisma semulajadi sebagai seorang pemimpin. Bilangan mereka yang berada dalam bahagian ini sangat kecil jika dibandingkan dengan bilangan orang biasa.

Bahagian ke 3 merupakan bahagian yang luar biasa sifatnya. Mereka hanya menjadi ahli masyarakat secara fizikal. Mereka tinggal bersama satu kelompok masyarakat tetapi sumbanganya kepada kehidupan dalam masyarakat tersebut sangat minima. Sekiranya ada, sumbangan kepada kemajuan kehidupan masyarakat itu juga sangat sedikit dan kerana sumbangan mereka terlalu kecil secara perbandingan, ianya boleh dianggap sebagai tidak ada sama sekali.

Persoalan kepimpinan sering memberikan tumpuan kepada perbincangan berhubung sifat-sifat pemimpin. Bagaimana perlakuan dan cara kepimpinan seseorang pemimpin sering diutarakan. Samaada baik, tidak baik atau buruk seseorang pemimpin selalu mejadi perhatian orang ramai. Secara amnya, sedikit kesilapan yang dibuat oleh seseorang yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin akan menjadi buah mulut orang ramai. Kesilapan yang sama mungkin dilakukan oleh orang biasa dan ia akan dianggap kecil dan remeh.

Untuk menjadi pemimpin yang baik, terlalu banyak sifat yang sering diperkatakan. Setakat membawa sedikit perubahan, seseorang pemimpin boleh dianggap seorang pemimpin yang lemah. Seseorang pemimpin hanya akan dianggap hebat apabila kepimpinan beliau membawa banyak perubahan baik kepada masyarakat.

Malangnya tidak banyak perbincangan dan telahan yang membicarakan akan sifat-sifat orang yang dipimpin. Pengikut dan penyokong. Seorang pemimpin sering dituntut untuk memahami hati dan kehendak pengikut tetapi peranan pengikut itu sendiri jarang-jarang dibincangkan. Berbagai kursus dikendalikan bagi meningkatkan kebolehan dan menyerlahkan kehebatan pemimpin namun tidak ada kursus yang boleh dihadiri untuk seseorang yang mahu menjadi penyokong dan pengikut yang baik.

Hasil daripada cara pendekatan masyarakat berhubung ehwal kepimpinan telah menyebabkan kesukaran kepada pemimpin. Amat sukar untuk seseorang pemimpin menjalankan tugas dengan berkesan kerana pengikut dan penyokongnya tidak tahu bagaimana menjalankan tugas sebagai pengikut dan penyokong.

Kekuatan seseorang pemimpin sebenarnya sangat bergantung kepada kekuatan sokongan yang diterima dari pengikutnya. Ini jelas kerana seseorang itu tidak boleh menjadi pemimpin tanpa pengikut. Bagaimana mungkin sesorang itu menjadi pemimpin tanpa pengikut. Tidak sempurna sifat seorang pemimpin sekiranya tiada siapa pun yang menjadi pengikutnya. Dalam masa yang sama, kehebatan seseorang pemimpin juga dinilai melalui kehebatan penyokong dan pengikutnya.

Berdasarkan itu maka jelaslah bahawa pemimpin dan pengikut saling memerlukan. Seorang pemimpin mempunyai peranan sebagaimana pengikut mempunyai peranan. Hanya peranan mereka sahaja berbeza. Apabila satu pihak menjalankan peranan dengan baik, besar kemungkinan pihak yang satu lagi juga akan dapat menjalankan peranan dengan baik. Sebaliknya apabila mana-mana pihak gagal memainkan peranan mereka maka pihak lagi satu akan terasa juga akibatnya.

Bagi membolehkan sekumpulan penyokong memainkan peranan mereka dengan betul, mereka mesti terlebih dahulu tahu apa peranan mereka dan cara bagaimana untuk memainkan peranan mereka.  Bagi memudahkan kefahaman, perbincangan ini akan berkisar pada peranan penyokong dan pemimpin dalam masyarakat yang mempunyai matlamat bersama ke arah yang lebih baik dan betul.

Asasnya mudah. Tugas pemimpin adalah memimpin. Tugas penyokong adakah menyokong dan mengikut. Sekiranya matlamat bersama masyarakat ini adalah kebaikan, maka tugas pemimpin adalah memimpin pengikut kearah kebaikan dan tugas pengikut adalah mengikut dan menyokong segala tindakan pemimpin yang selari dengan matlamat yang ingin dicapai.

Dalam urusan berkaitan kebaikan, penyokong mesti menyokong tindakan ke arah kebaikan yang dibuat oleh pemimpin. Menyokong dan mengikut tetapi hanya langkah yang yang baik dalam perjalanan bersama menuju kebaikan. Sekiranya pemimpin melakukan sesuatu yang bercanggah dengan matlamat, apa pula peranan penyokong? Adakah terus memberi sokongan padu tanpa pertimbangan semula?

Kehidupan masyarakat pada hari ini tidak lagi membenarkan perlakuan sedemikian. Tidak ada lagi pemimpin yang boleh diikuti sepenuhnya pada setiap masa. Pemimpin pada hari ini merupakan manusia biasa. Manusia biasa yang tidak boleh terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira di mana dan di pihak mana, pemimpin yang ada pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Pengikut dan penyokong sedar dan menerima hakikat ini. Hanya apabila penyokong menerima hakikat ini barulah perjalanan kearah matlamat dapat diteruskan dengan betul.

Kesilapan dan kesalahan mungkin dilakukan secara sengaja oleh pemimpin yang alpa pada tanggungjawab. Secara tidak sengaja sekalipun pemimpin yang benar-benar jujur akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Selain penyokong dan pengikut, pemimpim juga mesti sedar dan menerima hakikat ini. Manusia biasa, tidak kira samaada pemimpin atau orang biasa, akan melakukan kesilapan dan kesalahan.

Maka adakah ini bermakna seorang pengikut patut menarik balik sokongan kepada pemimpin yang melakukan kesilapan dan kesalahan?. Sekiranya begini, maka tidak akan ada pemimpin yang tinggal kerana semua pemimpin memang melakukan kesilapan. Sekiranya setiap kali seorang pemimpin yang melakukan kesilapan ditinggalkan oleh pengikutnya, dalam sekejap masa sahaja akan habislah pemimpin dan semua orang menjadi orang biasa. Bukankah bilangan mereka yang tergolong dalam kalangan boleh menjadi pemimpin sangat kecil.

Penyokong tidak sepatutnya meninggalkan pemimpin yang melakukan kesilapan. Namun akan timbul pula tanda tanya di mana kewajaran penyokong terus mengikut pemimpin yang melakukan kesilapan dan kesalahan. Ianya wajar kerana tugas pengikut bukan sekadar mengikut. Pengikut juga mempunyai tugas sebagai penyokong. Timbul pula tanda tanya, tidak wajar seorang pemimpin masih mengharapkan sokongan setelah melakukan kesilapan dan kesalahan. Memang tidak wajar sekiranya sokongan diberikan tanpa pertimbangan. 

Apabila matlamat masyarakat adalah ke arah kebaikan maka sokongan yang diberikan mesti juga sokongan ke arah kebaikan. Yang tidak wajar adalah apabila penyokong memberikan sokongan tanpa pertimbangan. Apa sahaja yang dibuat oleh pemimpin mereka  di sokong bulat-bulat. Salah atau betul tidak dipertimbangkan sama sekali. Baik dan buruk langsung tidak dipedulikan. Mereka menyokong hanya kerana yang disokong adalah ketua mereka.

Kesilapan yang berlaku di sini bukan pada sokongan tetapi cara sokongan diberikan. Pemimpin memang sentiasa memerlukan sokongan. Tanpa sokongan seseorang pemimpin akan menemui kegagalan. Namun pemimpin juga akan menemui kegagalan apabila penyokongnya memberikan sokongan cara yang salah.

Sokongan, sebagaimana perkataan itu sendiri adalah sesuatu yang digunakan untuk menambahkan kekuatan. Seorang pemimpin sudah pasti mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri yang mendatangkan pengiktirafan sebagai pemimpin. Namun sebagaimana manusia, pemimpin juga mempunyai kelemahan. Sokongan wajar diletakkan pada tempat kelemahan seseorang pemimpin, bagi menguatkan kedudukannya sebagai pemimpin.

Kelemahan biasa seorang pemimpin adalah sama dengan seorang orang biasa. Membuat kesilapan dan kesalahan. Di sinilah penyokong wajar memainkan peranan. Namun jangan pula sokongan yang diberikan dalam bentuk menutup kesilapan dan kesalahan samata-mata. Menghebahkan kesilapan juga bukan satu bentuk sokongan. Sokongan yang wajar adalah sokongan dalam bentuk usaha membetulkan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

Sokongan dengan membetulkan boleh jadi dalam bentuk menegur. Ia boleh jadi dalam bentuk mengajar atau berkongsi ilmu berhubung sesuatu perkara bagi menambahkan keberkesanan tindakan seseorang pemimpin. Sekiranya pada satu-satu masa keadaan fizikalnya lemah, sokongan yang wajar pada waktu itu mungkin dalam bentuk fizikal juga. Apa yang penting, sokongan yang diberikan adalah jenis yang menambahkan kekuatan.

Kesilapan memberikan sokongan sebenarnya akan melemahkan pemimpin. Sekiranya pengikut tidak menggunakan budi bicara dan mengikut sahaja tanpa perhitungan salah dan betul, pemimpin akan menjadi semakin lemah. Sekiranya kesilapan dan kesalahan pemimpin tidak ada yang berani menegur, pemimpin akan terus menerus melakukan kesilapan demi kesilapan dan kesalahan demi kesalahan.

Kesalahan dan kesilapan kecil sekalipun apabila dilakukan oleh pemimpin boleh menjadi besar. Apabila seseorang pemimpin melakukan satu kesalahan kecil pun, penyokongnya wajar memberikan teguran tanpa berlengah-lengah. Seorang pemimpin yang tulin akan menerima teguran penyokongnya dengan berterima kasih kerana penyokong tersebut telah memberikan sokongan yang wajar. Pemimpin tersebut mendapat sokongan di mana dia paling memerlukan sokongan.

Seorang pemimpin yang mendapat teguran dari orang lain yang bukan penyokongnya juga wajar berterima kasih dan merasa sangat beruntung kerana dia mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan penyokong biasa tetapi juga orang yang datang dari kelompok lain. Kelompok yang lain ini boleh jadi kelompok yang bertentangan dari segi ideologi politik. Yang nyata, teguran kepada kesilapan dan kesalahan merupakan satu bentuk sokongan yang menguatkan dan bukan melemahkan.

Seorang penyokong kepada satu kelompok masyarakat wajar juga berterima kasih di atas teguran yang datang dari kelompok masyarakat yang lain. Teguran dari mana-mana arah sekalipun akan menunjukkan kelemahan seseorang pemimpin dan sebaik sahaja kelemahan ini dapat dikenal pasti, penyokong boleh bersegera meletakkan sokongan di bahagian yang lemah ini dan menguatkan pemimpin mereka.

Dengan cara ini sahajalah masyarakat dapat membina kekuatan pemimpin mereka dan kekuatan pemimpin akan menguatkan lagi masyarakat dalam usaha menuju matlamat, bersama menuju kecemerlangan.

8 comments:

  1. hello wong...lama u takda masuk n komen saya punya blog......lu mana pergi...senyap ajer..ada senang u masuk laa blog sdp5157.blogspot.com by dinderaman ......bagi komen baik punya k.tq

    ReplyDelete
  2. Wong,

    I salute you!!! Tabik spring di atas tulisan yang begitu kritis dan jarang sekali diperkatakan.

    Saya percaya apa yang di buat oleh DS Najib sedikit sebanyak menjawab persoalah anda. Beliau memberikan satu VISI "ONE MALAYSIA" untuk di impikan oleh rakyat Malaysia; satu wadah yang begitu utuh; new and vibrant but at the same time deep in the roots of The Independance spirit when all 3 major races agreed to come together and forgo their individualistic racial tendencies to achieve a common goal.

    Sebagai pemimpim beliau telah mengambil langkah terbaik dengan memberikan visi yang sangat mudah difahami dan dihayati bersama. Ia satu visi yang merentasi masa dan sosio etnik masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Beliau ujudkan satu Laman Web untuk tujuan tersebut: http://www.1malaysia.com.my
    Beliau memberikan Nilai Pertama bagi visi tersebut, iaitu; Culture of Excellence.

    Excellence menggambar kecemerlangan di dalam apa yang kita usahakan. Culture menggambar menghayatan bangsa di mana Tidak Excellence adalah suatu yang janggal.

    Dia menjadikan Visi itu sebagai wadah untuk didokong bersama dan turun ke gelanggang masyarakat ketika tanah masih merah selepas perlantikan sebagai PM untuk sama-sama merasai apa yang dirasai masyarakat. Dia dapat membawa Tun Mahathir bersama di dalam kapalnya dan pada masa yang sama tidak meminggirkan Pak Lah.

    Beliau memimpin dan menyelami sanubari yang dipimpin. Beliau menjelajah lebih jauh ke segelinap manoriti suku kaum dan melaungkan `Tidak satu orang pun harus merasa dia terpinggir di dalam araus pembangunan negara'.

    DS Najib telah dan sedang memberikan yang terbaik. Berikan masa kepadanya dan sokonglah ia di kala dia memerlukan sokongan. Beri kepercayaan di kala dia memerlukan kepercayaan. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab kita tidak harus membakar kelambu untuk membunuk seokor nayamuk; gunakanlah Ridsect!!!

    ReplyDelete
  3. SALAM ZIARAH WONG PENCEN
    BETUL KATA GUKITA. SESUATU YG BERMULA DGN YG BARU. KITA JGN CEPAT MENGADILI SESEORANG INDIVIDU ITU TAPI BERIKAN WAKTU UNTUK DIA MEMBUKTIKAN SESUATU

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Gukita dan Jeffry

    Bermulanya sesuatu yang baru dengan visi yang besar memang wajar diberi sokongan. Pemimpin sudah bersuara dan kini giliran penyokong untuk bertindak bijak. Memberikan sokongan yang betul di tempat yang betul untuk menguatkan pemimpin.

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH EN WONG KERANA ANDA TANPA JEMU TERUS MENASIHATI SAYA!

    TQ, I REALLY APPRECIATE IT!

    ReplyDelete
  6. saya setuju kate mr wong... kite perlu bagi peluang.. tapi peluang yg perlu diberi ialah pada PR...

    ReplyDelete
  7. peluang perlu sama rata... kite bagi peluang pada barisan najib perlu jga bagi peluang PR memerintah..

    salam penulis dan pembaca..
    nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

    link yg terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

    ReplyDelete
  8. Blog ini amat intriguing kerana penulisnya pun intriguing juga.

    ... tidak mendatangkan jemu membacanya kerana membelek-belek mindanya seraya bertanya siapa gerangan sebenarnya orang ini.

    People say curiosity kills. I hope I'm the cat with nine lives.

    ReplyDelete